Saturday, February 9, 2008

aku tak peduli! aku nak cuba jugak!!!


Tepat 3.40 petang, aku dan adik ku sampai di Tasek Lama. Cantik tempatnya, kalaulah ada tempat sedemikian di Selangor….ish…. sampai-sampai sahaja students semua sedang bersiap sedia untuk memanjat dinding . Segala persiapan sedang dijalankan, ada yang terkial-kial memasang tali keselamatan di pinggang masing-masing, ada yang terpinga-pinga tentang apa yang hendak dilakukan, ada yang terpekik-pekik memanggil kawan-kawan untuk turut serta….. macam-macam ada….

Tasek Lama merupakan antara satu tempat beriadah warga Bandar Seri Begawan, menawan hatiku dengan keindahan dan kebersihannya. Kesegaran udaranya…. Kejernihan anak sungainya yang mengalir… pokok-pokoknya serta lanskapnya yang tersusun… begitu memukau…

Aku mengagumi pelajar-pelajar ku yang komited dalam menjadikan aktiviti pelajar satu realiti. Masih muda tetapi bersemangat waja. Aku pun masih muda, Cuma lebih tua dari mereka dalam 10 tahun sahaja….lucu…
Sesekali terdetik didalam hati tidak pernah aku menyangka yang satu hari nanti aku akan berada di Negara orang mengajar warga mudanya dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti pelajar. Begitu takdir menjentik dan mengubah hidupku… Subhanallah…

Sesekali si Afiq dan pasangan bahagia si Umar dan si Fauziah menegur aku dengan kenakalan mereka. Si Syukri selaku Bendahara , kelihatan seperti memberikan pandangan dan senyuman sinisnya kepada ku dan adikku, almaklumlah di suruhnya datang tepat pukul 3 petang, alih-alih hampir pukul 4, baru kelibat aku dan adikku kelihatan…. Jangan marah aaaa….

Waktu memanjat pun bermula… bini-bini atau itu panggilan perempuan disini dimulakan dengan adik ku yang paling comel yang juga merupakan Pensyarah di kolej yang sama dengan ku. Jarak umur 9 tahun antara kami berdua tidak pernah menjadi masalah kerana kami berdua mempunyai pemikiran dan pertimbangan yang lebih kurang sama, aku mempengaruhi pemikirannya dan dia mempengaruhi
pertimbangan ku.

Diikuti dengan pelajar-pelajar ku, memanjat satu demi satu…. Si Arwina berjaya sampai ke puncak dengan gagahnya….. membakar semangat sekalian pelajar lelaki untuk mengikut jejaknya. Aku? Sekadar menjadi tukang sorak sambil memerhati setiap gerak geri mereka memanjat dinding tersebut. Di dalam hati masih berterusan memikirkan adakah patut aku melakukannnya? Sesekali menyakat Sarip Dol, panggilan manja si Sharif, terasa menyesal juga dengan kenakalanku mengenakan dia…. Alih-alih dia tidak berjaya sampai ke puncak dinding…. Jangan marah aa …lega rasanya kegagalannya untuk sampai ke atas adalah disebabkan tangannya yang sakit…kasihan…

Si Azim, Presiden Kesatuan Pelajar Kemuda, aku rasakan yang paling sesuai mengepalai pelajar-pelajar, dengan perkasanya memanjat, tetapi sayang… tidak kesampaian hajat untuk mengikut jejak yang lain-lain untuk sampai ke puncak…. Cuba lain kali k.

Satu persatu pelajar mencuba untuk memanjat…. Diselang selikan dengan arahan dan tunjuk ajar dari ketua yang bernama Zack, orangnya kecil-kecil cili padi…. Dalam senyuman ada kekentalan dan ketabahan, bercita-cita untuk memacu remaja Brunei untuk menjadi generasi yang lebih gah dimata dunia. Cir-ciri kelembutan ada pada dirinya yang mana dapat dibuktikan dengan hobinya mengambil gambar secara professional, sentuhan gambar-gambarnya sangat halus dan boleh dikatakan satu bentuk seni yang unik.

Waktu hampir lewat petang, sangkaan ku menunggu hingga keakhirnya untuk mencuba aktiviti flying fox supaya pelajar-pelajar semua tidak mengendahkan ku meleset apabila disaat aku memasang tali keselamatan di sekeliling pingggangku, mula kedengaran pekikan dan sorakan. Riuh satu tasik , Pensyarah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati mula berani mencuba aktiviti Flying fox. Terngiang-ngiang di telinga amaran yang di berikan oleh Encik Presiden Si Azim…. Ms. Rosita jangan cuba lari… mesti cuba aktiviti ini….. ish menyesal aku…

Sebaik terpanggil amaran Azim, hati ini bagai dibakar semangatnya… aku tak peduli… aku mesti cuba jugak…. Apa nak jadik jadi lah……aku dah tak nak control cun lagi…..

Apa lagi…… aku pun dengan gagahnya menyusur tali untuk aktiviti ini hingga ke hujungnya………… dalam sekelip mata aku sampai ke hujungnya. Untuk seketika dapat ku rasakan betapa nikmatnya berada diatas udara sambil bergerak pantas….terasa kebebasan yang teramat sangat…pengalaman ini sungguh menakjubkan…..tak dapat digambarkan dengan kata-kata, benarlah kata orang , kalau tak cuba tak kan tahu. Sorakan pelajar-pelajarku kedengaran seakan terlalu jauh…. Betapa aku sangat memfokuskan fikiran aku untuk keseronokan yang sedang aku alami untuk beberapa saat itu…

Tanpa kusedari, aktiviti untuk hari tersebut sudah sampai ke penghujungnya…. Pengunjung tanpa diundang Mr. Muhammad sangat disukai oleh pelajar-pelajar ku. Aku yang sedari tadi tidak mengendahkan mereka tiba-tiba disapa oleh Mr. Muhammad, aku sangkakan Mat Salleh mana tadi rupanya saudara seagama denganku. Dengan selambanya bertanyakan soalan-soalan yang tidak selesa untuk aku menjawabnya. Sesekali di suruhnya aku menunjukkan tapak tanganku….entah apa yang di lihatnya di tapak tangan ku…. Tetapi yang aku pasti dia dengan sengaja ingin mengusik….. dikala di pegangnya tangan ku, hendak sahaja aku membelasah orang Arab sesat ni….. tapi apakan daya reputasi mesti dijaga terutamanya di depan pelajar-pelajar ku yang sedang asyik mengusik ku. Demi pelajar-pelajar…. Aku tak jadi membelasah orang…. Kalau tidak…… mungkin aktiviti dihari yang indah itu di akhiri dengan tragedi….mungkin akan keluar suratkhabar:- ‘Bandar Seri Begawan.. seorang pensyarah kolej swasta membelasah warga Itali kerana memegang tangannya tanpa kebenaran’ hehehehehehhee…………………………jangn marah aaaa….

Nukilan merapu meraban Ms. Rosita Michael

No comments: